Liga Super 2021: MUFC 1-1 Sabah FC

 In Liga Super Malaysia 2021, News

Sabtu, 5 Mac 2021: Melaka United FC memulakan saingan Liga Super Malaysia 2021 dengan memungut 1 mata selepas sekadar seri 1-1 menentang Sabah FC di Stadium Hang Jebat.

Perlawanan berlangsung dalam keadaan padang basah berikutan hujan lebat sebelum perlawanan.

Keadaan itu nyata memberi kesan kepada aksi kedua-dua pasukan dengan Sabah dilihat berjaya mengambil kesempatan untuk mendahului perlawanan hasil sepakan lambung Hamran Peter selepas menerima hantaran Bobby Gonzales pada minit ke-45.

Bersambung babak ke-2 perlawanan nampak seimbang dengan Melaka United dilihat mencipta beberapa peluang.

Skuad Hang Tuah akhirnya berjaya menyamakan kedudukan 1-1 selepas rembatan leret S Kumaahran terus menerjah jaring berpunca daripada hantaran lambung Sony Norde pada minit ke-63.

Kedudukan itu kekal hingga tamat perlawanan dan Melaka United akan berdepan PJ City FC pada perlawanan seterusnya di tempat lawan.

#LS1
#LigaSuper2021
#LigaMalaysia2021
#MelakaUnitedFC2021
#AllUniteForMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search