Datuk Mohd Saiful letak jawatan CEO MUFC

 In Uncategorized

Kelab Bolasepak Melaka United FC dengan ini mengumumkan perletakan jawatan Datuk Mohd Saiful Mat Sapri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MUFC Sdn Bhd berkuatkuasa semalam (Selasa, 18 Mei 2021).

Perletakan jawatan beliau selepas lebih lima bulan menerajui pentadbiran kelab sejak diumumkan menyandang jawatan berkenaan pada 4 Disember 2020.

Keputusan pengumuman perletakkan jawatannya itu dimaklumkan pada Mesyuarat Pengurusan Melaka United FC di Seri Negeri, Ayer Keroh semalam.

Beliau dalam kenyataannya berkata:

“Pertama sekali saya mengharapkan perletakan jawatan saya ini akan menjadi lebih baik kepada pasukan dan juga pengurusan MUFC.

Saya mengharapkan pasukan Melaka United FC akan terus berjaya dan terus bersaing serta kekal dalam kancah Liga Super untuk bersaing pada tahun hadapan.

Saya mendoakan agar semua diberi kekuatan jati diri untuk memastikan Melaka United FC terus cemerlang dan gemilang.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada penyokong yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada pasukan selama ini dan teruskan sokongan anda kepada Melaka United FC”.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Datuk Mohd Saiful Mat Sapri sepanjang menguruskan pentadbiran kelab, semoga terus maju jaya dalam bidang yang diceburi dan terus menyokong Melaka United FC, daripada kami di Melaka United FC Sdn Bhd.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search