Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron Dinobat Ikon Pembangunan Sukan Negeri Melaka

 In MUSA, News, Press Release

Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron yang juga Presiden MUSA yang dinobat sebagai penerima Anugerah Ikon Pembangunan Sukan Negeri Melaka sebagai menghargai jasa beliau membantu pembangunan sukan negeri khususnya bolasepak.

Anugerah disampaikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Mohamad Khalil Yaakob sempena Majlis Anugerah Sukan Negeri Melaka kali ke-36 yang berlangsung di Hotel Equatorial, Bandar Hilir Selasa lalu.

Datuk Seri Ir. Idris berkata, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong dan memberi perhatian terhadap perkembangan sukan di negeri ini termasuk bolasepak Melaka yang melakukan kebangkitan dalam tempoh yang singkat.

“Bolasepak Melaka contohnya telah ketinggalan lama lebih lama kurang dalam 33 tahun, tiba-tiba timbul semula dalam satu tempoh masa yang cukup singkat bermula 2015, 2016, 2017 dan terus berada di Liga Super.

“Saya percaya kecemerlangan dalam bidang sukan mampu meningkatkan imej dan perhatian negeri Melaka di mata dunia, khususnya dengan pencapaian membanggakan para atlet dan pasukan Melaka” katanya ketika ditemui pada majlis itu.

Pada majlis itu pasukan bolasepak Melaka United dinobatkan sebagai Pasukan Lelaki Terbaik menewaskan dua lagi pencalonan dalam kategori itu iaitu Pasukan Hoki Lelaki Piala Razak 2015 dan Pasukan Judo Lelaki Kategori Nage-No-Kata (Berpasangan).

Atlet Wushu, Ho Mun Hua dan Atlet Badminton, Goh Liu Ying masing-masing dinobat sebagai Olahragawan dan Olahragawati Negeri Melaka 2015/2016.

Sementara itu, anugerah Olahragawan dan Olahragawati Harapan pula dimenangi Atlet Olahraga, Khairul Hafiz Jantan dan Atlet Wushu, Tan Cheong Min.

Anugerah Jurulatih terbaik menjadi milik Jurulatih Wushu, Chai Chin Hin manakala Anugerah Pasukan Wanita Terbaik diraih pasukan hoki Wanita Melaka dan Anugerah pasukan lelaki terbaik diberikan kepada Pasukan Bola Sepak Melaka United.

Comments

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search