Hasrat Melaka United Membawa Pulang 3 Mata Tidak Kesampaian

 In Liga Super 2019

Hasrat Melaka United membawa pulang 3 mata tidak kesampaian apabila terpaksa berkongsi mata selepas diikat 1-1 oleh Felda United FC pada aksi perlawanan ke-11 Liga Super 2019 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka Pahang malam tadi (Jumaat, 26 April).

Pada perlawanan itu Skuad Hang Tuah terlebih dahulu hasil jaringan Patrick Reichelt yang berjaya menolak masuk bola daripada kesilapan pemain Felda pada minit ke-15.

Gol Felda hadir pada minit ke-62 menerusi sepakan penalti selepas S Chanturu terjatuh dalam kotak penalti sebelum Kei Ikeda menyempurnakan penalti untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Beberapa peluang yang dimiliki menjelang penghujung perlawanan masih buntu untuk Skuad Hang Tuah menambah gol sehingga tamat perlawanan untuk Melaka United terpaksa berpuas hati membawa pulang 1 mata dari Jengka.

Dengan keputusan itu Melaka United mengutip 15 mata hasil 4 kemenangan, 3 seri dan 4 kekalahan sepanjang pusingan pertama liga musim ini.

#LigaSuper2019
#DemiKebanggaanMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search