Hasrat Melaka United Menyekat Selangor Tidak Kesampaian #PM2

 In Piala Malaysia

Hasrat Melaka United menyekat Selangor daripada membawa pulang mata tidak kesampaian selepas tewas tipis 0-1 pada aksi ke-2 Piala Malaysia 2019 di laman sendiri, malam tadi (Khamis, 8 Ogos).

Babak pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan berhati-hati namun Selangor dilihat lebih mengusai perlawanan.

Bersambung babak kedua, Skuad Hang Tuah dilihat lebih garang namun Selangor terlebih dahulu di depan menerusi Endrick dos Santos yang merembat bola sebelum ditepis Ahmad Solehin Mamat yang kemudiannya tertampan Jang Sukwon lalu masuk ke gawang Melaka pada minit ke-61.

Melaka kemudiannya meningkatkan asakan bagi mencari gol penyamaan dan memiliki beberapa peluang menerusi Luka Milunović, Nazrin Nawi dan S Deevan Raj namun gagal menemui penyudah.

Gol tunggal itu akhirnya berjaya dipertahankan Selangor untuk mendahului Kumpulan D dengan 4 mata manakala Melaka di tangga ke-2 dengan 3 mata.

#PialaMalaysia2019
#PM2
#DemiKebanggaanMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search