Jebat FC muncul Juara Liga Melaka Divisyen 3 2018

 In Match Report, MUSA, News, Press Release

Jebat FC muncul Juara Liga Melaka Divisyen 3 2018 selepas menewaskan MMU II FC 1-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Hang Tuah, malam tadi (Ahad, 30 September 2018). Separuh masa pertama menyaksikan Jebat lebih banyak menguasai perlawanan dengan banyak melancarkan serangan.

Gol pasukan Jebat dijaringkan oleh Muhd Syahdan Razak menerusi sepakan penalti pada minit ke-5 selepas bola terkena tangan pertahanan MMU dalam kotak penalti.Separuh masa kedua menyaksikan MMU tampil berbeza dan dilihat berjaya mengimbangi perlawanan dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun barisan pertahanan kedua-dua pasukan berjaya mengekang setiap serangan.

Keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan untuk Jebat FC muncul Juara Liga Melaka Divisyen 3 2018. Biarpun tewas, MMU II FC tetap akan mengiringi Jebat FC naik ke saingan Liga Melaka Divisyen 2 musim depan selaku Naib Juara Divisyen 3. Selaku juara, Jebat membawa pulang piala serta hadiah wang tunai RM5,000, manakala MMU II FC pula menerima RM3,000.

Tempat ke-3 menjadi milik pasukan Henry Gurney FC dan Tedong FC di tempat ke-4 dengan kedua-dua pasukan menerima hadiah wang tunai RM1,500 manakala Anugerah Fairplay dianugerahkan buat Tedong FC. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Naib Presiden yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan MUSA, En Mohd Ashiq Abd Samad.

Pihak MUSA mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada pasukan Jebat FC atas kejayaan itu dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Melaka Divisyen 3 musim ini atas semangat kesukanan tinggi yang ditunjukkan sepanjang saingan musim ini.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search