Jom kenali Ketua Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan

 In MUSA, News, Press Release

Mari mengenali Ketua Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan dengan lebih dekat.

Nama penuh beliau ialah Zainal Abidin Hassan Ali, kini berusia 56 tahun adalah bekas pemain bolasepak kebangsaan yang tidak asing lagi di kalangan peminat bolasepak tempatan terutama sebagai legenda pasukan Selangor pada era 1980 dan 90-an.

Sepanjang karier beliau sebagai pemain, beliau hanya beraksi bersama dua pasukan dalam Liga Malaysia iaitu Selangor dan Pahang secara berselang-seli bermula dengan menyertai pasukan negeri kelahirannya Selangor pada 1980.

Tiga tahun bersama Selangor, beliau berjaya membantu pasukannya menjuarai Piala Malaysia dua tahun berturut-turut pada 1981 dan 1982 serta Liga Malaysia (kini Liga Super) pada 1989.

Musim 1983, Zainal Abidin mula menyertai Pahang selama dua tahun sebelum kembali semula ke Selangor pada 1985 dan kembali menjadi tonggak buat Skuad ‘The Red Giants’.

Sepanjang 6 tahun bersama Selangor, beliau sekali lagi berjaya membantu Skuad Merah Kuning menjulang Piala Malaysia pada 1986 dan Liga Divisyen 1 (kini Liga Super) pada 1989 dan 1990.

Kembali bersama Pahang pada 1991 hingga 1996 namun kembali ke Selangor buat kali ketiga pada 1997 untuk sekali lagi membantu Skuad ‘The Red Giants’ menjuarai Piala Malaysia dan Piala FA pada 1997 sebelum bersara sebagai pemain pada 1999.

Sepanjang karier Zainal Abidin sebagai jurulatih, beliau pernah membimbing Skuad Bawah 17 Tahun Kebangsaan, Pahang, Shahzan Muda FC, Selangor dan Pulau Pinang sebelum bakal membimbing Melaka United bagi musim 2019.

Sepanjang bergelar jurulatih, beliau telah membantu Pahang menjuarai Piala Malaysia pada 2014 dan Piala FA pada 2006 dan 2014.

Semoga dengan pengalaman luas Zainal Abidin dalam kancah bolasepak Malaysia bakal membawa lebih banyak kejayaan bersama Melaka United pada masa hadapan. Semoga berjaya Coach Zainal bersama Skuad Hang Tuah.

#DemiKebanggaanMelaka #MelakaUnited

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search