Jurulatih Kecergasan Pasukan Melaka United, En Norhuda Hiroshi Razak

 In Liga Super 2019, MUSA, News, Press Release

Mari mengenali Jurulatih Kecergasan Pasukan Melaka United, En Norhuda Hiroshi Razak.

Jurulatih berusia 35 tahun ini berasal dari Pahang dan berpengalaman sebagai Jurulatih Kecergasan dengan beberapa pasukan Liga Malaysia sejak beberapa tahun lalu.

Beliau dibawa oleh Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan untuk bersamanya menyertai barisan kejurulatihan pasukan Melaka United bagi musim 2019.

Biarpun tidak pernah bergelar pemain, Norhuda sebelum ini bepengalaman sebagai Jurulatih Kecergasan pasukan Harimau Muda pada 2013 hingga 2014 sebelum bersama pasukan Kuantan FA setahun selepas itu.

Beliau kemudiannya menyertai Zainal dalam barisan kejurulatihan pasukan Selangor pada 2016 hingga 2017 sebelum sekali lagi bersama jurulatih itu membimbing pasukan Pulau Pinang sehingga musim lalu.

Musim 2019, beliau terus diberi kepercayaan oleh Zainal Abidin Hassan untuk bekerjasama dalam mengekalkan tahap kecergasan barisan pemain Skuad Hang Tuah bagi mengharungi saingan Liga Malaysia.

Semoga berjaya Coach Norhuda bersama Melaka United.

#DemiKebanggaanMelaka #MelakaUnited

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search