Jurulatih Penjaga Gol Melaka United, Mazlan Wahid

 In Liga Super 2019, MUSA, News, Press Release

Mari kenali Jurulatih Penjaga Gol Melaka United, Mazlan Wahid.

Siapa tidak kenal dengan legenda penjaga gol kelahiran Melaka yang tidak asing lagi terutama di kalangan penyokong pasukan Melaka dan Sarawak.

Bekas penjaga gol yang kini berusia 51 tahun itu memulakan karier bolasepak dengan mewakili Melaka pada tahun 1989.

Ketangkasannya dalam menjaga gawang Melaka telah menarik minat pengendali Sarawak ketika itu, Alan Vest untuk membawanya menyertai Skuad Bujang Senang pada 1992.

Sebahagian besar karier Mazlan adalah bersama Sarawak dengan mewakili pasukan negeri itu sepanjang 9 tahun.

Sepanjang tempoh itu, beliau telah membantu Sarawak muncul Juara Liga Premier (kini Liga Super) pada 1997, Juara Piala FA pada 1992 dan Piala Sumbangsih pada 1998 yang kesemuanya merupakan pencapaian terbaik dalam sejarah bolasepak Negeri Bumi Kenyalang itu.

Pada 2002, beliau telah berhijrah ke Kedah selama dua musim sebelum menyertai MPPJ FC pada 2004 dan mengakhiri kariernya sebagai pemain setahun selepas itu.

Mazlan juga pernah diiktiraf sebagai antara penjaga gol terbaik di negara ini ketika eranya seangkatan dengan beberapa penjaga gol hebat seperti Khairul Azman Mohamed, Muadzar Mohamad dan Azmin Azram Aziz.

Kehebatan beliau turut mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Sarung Tangan Emas oleh Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) pada 1994.

Biarpun lebih banyak mencipta nama bersama Sarawak, hati Mazlan tetap kuat untuk menabur bakti kepada pasukan negeri kelahirannya.

Mazlan mula menceburi bidang kejurulatihan bolasepak pada 2008 apabila dilantik sebagai Jurulatih Penjaga Gol Skuad Kebangsaan yang menyertai Piala AFF Suzuki ketika itu.

Beliau kemudiannya ditugaskan untuk melatih penjaga gol muda di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dari 2009 hingga 2010 dan berjaya membantu kejayaan SSBJ menjuarai Piala Presiden 2010.

Antara tahun 2011 hingga 2014 pula beliau diberi kepercayaan sebagai Jurulatih Penjaga Gol bagi Skuad Harimau Muda B sebelum akhirnya kembali ke Melaka untuk bersama pasukan Melaka United menjuarai Liga FAM pada 2015.

Sentuhannya juga sekali lagi telah membantu magis Melaka United yang menjuarai Liga Premier pada 2016 hanya dalam tempoh semusim beraksi di Divisyen ke-2 bolasepak negara itu sekaligus membawa Skuad Hang Tuah ke Liga Super.

Beliau yang juga abang kepada bekas pemain legenda Terengganu, Sapian Wahid kini kembali bersama Melaka united untuk membimbing penjaga gol Skuad Hang Tuah yang dibarisi pemain hebat seperti Khairul Fahmi Che Mat dan Oscar Wong Tse Yang bagi membentuk benteng terakhir paling ampuh untuk musim 2019.

Semoga berjaya Coach Mazlan Wahid.

#DemiKebanggaanMelaka #MelakaUnited

Comments
  • Nor adila bte che seman
    Reply

    Saya ingin menghantar anak saya berlatih dibawah kelolaan Tuan.mohon tindakbalas Tuan menghubungi sy 01110276888 @0172933515.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search