‘Kapten Marvel’

 In MUSA, News, Press Release, Uncategorized

Tahukah anda, menjelang saingan Liga Malaysia 2019 Melaka United bakal dibarisi empat bekas kapten ketika bersama pasukan mereka sebelum ini.

Tiga daripada mereka juga pernah menjadi kapten Skuad Bolasepak Kebangsaan.

Mereka ialah bekas Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim, bekas kapten Selangor, Negeri Sembilan, ATM dan Felda United, Shukor Adan serta bekas kapten Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang ketiga-tiga mereka pernah menjadi Kapten Skuad Kebangsaan.

Seorang lagi pemain, Razman Roslan juga merupakan bekas kapten ketika bersama Pahang dan Selangor.

Musim 2019 bakal menyaksikan keempat-empat bekas kapten ini digabungkan sebagai rakan sepasukan dalam pasukan Melaka United.

Gabungan pengalaman keempat-empat bekas kapten ini diharap bakal membawa Skuad Hang Tuah menjadi salah satu pasukan yang digeruni musim depan.

Persoalan yang kini sedang bermain di fikiran khususnya di kalangan penyokong, siapakah yang bakal menjadi pilihan jurulatih Zainal Abidin Hassan dan ‘Kapten Marvel’ yang paling layak untuk diberikan lilitan lengan selaku Kapten Melaka United bagi mengharungi musim baharu Liga Malaysia 2019?

Siapakah yang anda fikir layak sebagai Kapten Melaka United? Sudah tentu anda juga mempunyai pilihan tersendiri. Sama-samalah kita nantikan.

#DemiKebanggaanMelaka #MelakaUnited

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search