Kem Latihan Berpusat MUFC 1.0 berjalan lancar -Pengurus

 In Uncategorized

“Syukur Alhamdulillah Kem Latihan Berpusat (Camp Based Training) Melaka United FC yang pertama ini berlangsung dengan lancar mengikut jadual program dan aktiviti yang telah disusun oleh pihak pengurusan dan barisan kejurulatihan kelab.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pihak KenTeam Sdn Bhd dan pengurusan MUFC yang telah banyak membantu dalam menjayakan kem yang telah berlangsung selama 2 minggu dari 19 Jun hingga 3 Julai 2021 mematuhi garis panduan Gelembung Sukan yang ditetapkan oleh pihak MFL.

Kem ini penting bagi membentuk keserasian dan keyakinan pemain dalam mendepani cabaran perlawanan pada masa akan datang terutama saingan Liga Super Malaysia 2021 yang dijadualkan kembali bersambung bulan ini.

Pihak kami juga dalam perancangan untuk meneruskan Camb Based Training 2.0 dalam masa terdekat bagi meneruskan persiapan pasukan menjelang saingan liga.

Saya amat berpuas hati dengan segala komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua pemain dan pegawai pasukan yang telah bersama dalam kem ini seperti sebuah keluarga, saya mendoakan segala keringat serta pengorbanan yang dicurahkan akan membuahkan hasil buat Melaka United FC pada masa akan datang InsyaAllah”.

En Muhammad Akram Abdullah, Pengurus Pasukan Melaka United FC.

#MelakaUnitedFC2021
#AllUniteForMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search