Kursus Asas Pengadil Muda (Kepengadilan Bolasepak)

 In Press Release

Seramai 18 pelajar dari beberapa sekolah menengah dari seluruh negeri menyertai Kursus Asas Pengadil Muda (Kepengadilan Bolasepak) anjuran Majlis Sukan Sekolah (MSS) Melaka dengan kerjasama MUSA yang berlangsung 2 hari berakhir hari ini (Jumaat, 19 April 2019).

Sepanjang kursus yang berlangsung di Kompleks Sukan Hang Jebat itu para peserta didedahkan dengan Teori Undang-Undang Bolasepak secara asas dan seterusnya diberi latihan praktikal di padang.Kursus dikendalikan oleh Instruktur yang juga Pegawai Pembangunan Pengadil Melaka, En S Krishnan Rao dan dibantu 2 Pengadil Melaka, En Mohd Zamzaidi Katimin dan En Suhaizi Shukri.

Pagi tadi bertempat di Wisma MUSA telah berlangsung Majlis Perasmian Penutupan kursus berkenaan yang disempurnakan oleh Setiausaha Agung MUSA, En Farhan Ibrahim.Beliau dalam ucapannya mengalu-alukan minat dalam bidang kepengadilan bolasepak dalam kalangan anak-anak muda di negeri ini untuk menjadikan Pengadil Bolasepak sebagai karier.Katanya pihak MUSA bukan sahaja menitikberatkan pembangunan pemain malah pengadil bolasepak dari Melaka untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi serta membawa nama negara ke peringkat antarabangsa dalam bidang berkenaan.

#DemiKebanggaanMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search