Liga Futsal YB Kerk Chee Yee 2019

 In Press Release

Bersempena Bulan Sukan Negara pada Oktober ini, pihak MUSA bersama Perbadanan Stadium Melaka (PSM), Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Majlis Sukan Negeri Melaka serta Jabatan Belia dan Sukan negeri bakal menganjurkan satu kejohanan futsal berkonsep liga.

Liga akan diadakan pada Sabtu, 19 Oktober depan bertempat di Gelanggang Futsal Kompleks Sukan Komuniti, Krubong.

Sehubungan itu, pagi tadi (Jumaat, 13 September 2019) bertempat di Bilik Media MUSA, Stadium Hang Jebat telah berlangsung Sidang Media Sempena Penganjuran Liga Futsal YB Kerk Chee Yee 2019.

Sidang dihadiri Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan negeri, YB Kerk Chee Yee dan Naib Presiden MUSA merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PSM, En Nick Yong Yoon Pin.

Beliau dalam kenyataannya berkata antara tujuan penganjuran liga futsal itu adalah bagi membudayakan sukan dalam masyarakat terutamanya belia di samping memupuk semangat sukan secara berterusan bagi menjamin agenda ‘sukan untuk semua’ kekal relevan.

Liga terbuka kepada semua warganegara (lelaki) berumur 18 tahun tahun ke atas, penyertaan maksima 64 pasukan dengan semua pasukan akan bermain secara liga satu pusingan di peringkat kumpulan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi urusetia liga di talian 016-739 2023 atau 011-1036 9331.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search