Liga Melaka 2018: SAMB FC Hampiri Kejuaraan, Saingan Sengit Divisyen 2

 In MUSA, News, Press Release

Perlawanan terakhir Liga Melaka Divisyen 1 dan 2 2018 bakal berlangsung di Stadium Hang Tuah pada Isnin, 29 Oktober 2018.

Perlawanan pertama bakal mempertemukan dua pasukan teratas Divisyen 2 iaitu MBMB Warrior FC dan Andalas FC yang kini berkongsi 25 mata bagi menentukan juara Divisyen 2 musim ini.

Perlawanan kedua pula membabitkan pendahulu Divisyen 1, SAMB FC menentang pasukan yang sedang berjuang mengelak penyingkiran Divisyen, Persibu FC.

Pasukan SAMB hanya memerlukan satu mata daripada perlawanan itu bagi mengesahkan kejuaraan mereka sekaligus bakal mewakili Melaka pada Liga Bolasepak M4 musim 2019 manakala Persibu perlu memenangi perlawanan itu bagi memastikan mereka terus kekal dalam saingan Divisyen 1 musim depan.

Pesaing terdekat SAMB, Masjid Tanah FC dilihat sukar untuk memintas di saat akhir berikutan perbezaan jaringan yang begitu besar berbanding SAMB biarpun jika memenangi perlawanan terakhir menentang Teman FM FC pada Ahad, 28 Oktober 2018.

Ayuh peminat bolasepak Melaka, jangan terlepas menyaksikan aksi kemuncak Liga Melaka Divisyen 1 dan 2 2018 di Stadium Hang Tuah pada 29 Oktober ini. Masuk adalah percuma, kita jumpa di sana.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search