Liga Super 2021: MUFC 0-0 Sri Pahang FC

 In Liga Super Malaysia 2021, Match Report, News

Sabtu, 13 Mac 2021: Melaka United FC sekali lagi berputih mata selepas sekali lagi sekadar mengutip 1 mata buat kali ketiga berturut-turut pada aksi ke-3 Liga Super Malaysia 2021 berdepan Sri Pahang FC di Stadium Hang Jebat.

Melaka United dilihat lebih menguasai perlawanan dan mendapat beberapa peluang menjaringkan gol namun tiada penyudah.

Separuh masa kedua Skuad Hang Tuah dilihat lebih banyak menyerang dan memperoleh beberapa peluang terbaik antaranya percubaan S Kumaahran pada minit ke-72 yang terkena palang selain rembatan daripada gerakan solo Sony Norde yang terkena tiang pada masa kecederaan sekaligus menyelamatkan Skuad Tok Gajah daripada menerima kekalahan ke-3.

Kedudukan itu kini meletakkan MUFC di tangga ke-9 liga dengan 3 mata selepas 3 perlawanan sebelum berdepan Terengganu FC pada perlawanan seterusnya di tempat lawan, Rabu ini.

#LS3
#LigaSuper2021
#LigaMalaysia2021
#MelakaUnitedFC2021
#AllUniteForMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search