Liga Super 2021: PJ City FC 2-2 MUFC

 In Liga Super Malaysia 2021, News

Rabu, 10 Mac 2021: Melaka United FC mencatatkan keputusan seri buat kali kedua berturut-turut selepas terikat 2-2 menentang PJ City FC pada aksi ke-2 Liga Super Malaysia 2021 di Stadium MBPJ.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan beberapa percubaan berbahaya namun gawang kedua-dua pasukan tidak dibolosi sepanjang separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, Melaka United meningkatkan asakan memburu gol sebelum berjaya di depan selepas S Kumaahran menanduk masuk hantaran lambung Sony Norde dari sebelah kiri pada minit ke-56.

PJ City kemudiannya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi rembatan Darren Lok dari luar kotak penalti pada minit ke-70.

PJ City kemudiannya mendapat peluang selepas diberikan sepakan penalti yang kemudiannya disempurnakan Darren Lok pada minit ke-86 untuk mendahului 2-1.

Gol itu nyata membakar semangat Melaka United memburu gol apabila ketika perlawanan hampir tamat Melaka berjaya menjaringkan gol hasil Faris Shah Rosli pada masa kecederaan untuk mengikat kedudukan 2-2 dan membawa pulang 1 mata berharga ke Melaka.

#LS2
#LigaSuper2021
#LigaMalaysia2021
#MelakaUnitedFC2021
#AllUniteForMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search