LS10 2021: Perak FC 0-1 MUFC

 In Liga Super Malaysia 2021, Match Report, News
Ahad, 25 April 2021: Melaka United FC meraih kemenangan yang ke-4 dalam saingan Liga Super Malaysia 2021 selepas menang tipis 1-0 dalam aksi mendebarkan di Stadium Perak, Ipoh.
Separuh masa Perak dilihat lebih banyak mencipta gerakan dan serangan sebelum perlawanan dilihat perlahan berikutan kedua-dua pasukan lebih berhati-hati.
Antara peluang terbaik Melaka menjaringkan gol pada babak kedua adalah menerusi percubaan Syamim Yahya yang membuat rembatan deras dari dalam kotak penalti sebelum ditepis Penjaga Gol lawan pada minit ke-37.
Separuh masa kedua Melaka United dilihat lebih tersusun dan memiliki lebih banyak peluang antaranya tandukan Jang Suk-Won yang terkena palang Perak berpunca daripada sepakan percuma Sony Norde pada minit ke-56.
Gol tunggal perlawanan oleh Wan Zaharulnizam Zakaria pada minit ke-61 sudah cukup untuk membolehkan Skuad Hang Tuah pulang dengan 3 mata sekaligus mengekalkan rekod baik di Ipoh buat tahun ketiga berturut-turut.
Beliau berjaya menolak masuk bola lorongan Stefan Nikolić berpunca daripada situasi kelam-kabut dalam kotak penalti Perak.
Wan Zaharulnizam berpeluang menambah gol kedua menerusi percubaan rembatan dari dalam kotak penalti pada minit ke-66 namun ditepis penjaga gol Perak, Azri Ab Ghani.
Skuad The Bos Gaurus cuba bangkit menyamakan kedudukan namun segala percubaan dapat dikekang Pertahanan dan Penjaga Gol, Norazlan Razali dan dengan kemenangan itu Melaka United FC naik ke tangga 8 liga dengan telah mengumpul 10 mata selepas 10 perlawanan.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search