LS11 2021: MUFC 1-3 KDA FC

 In Liga Super Malaysia 2021, Match Report

Jumaat, 30 April 2021: Melaka United FC mencatat kekalahan ke-4 musim ini selepas tewas 1-3 kepada Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di tempat sendiri.

MUFC memiliki beberapa peluang terbaik menjaringkan gol antaranya menerusi percubaan Manuel Ott yang membuat rembatan dari dalam kotak penalti namun sedikit melepasi palang.

KDA FC mendapat sepakan penalti selepas bola terkena tangan Jang Suk-Won sebelum penalti disempurnakan Kpah Sherman pada minit ke-16 untuk Kedah mendahului 1-0.

Stefan Nikolic berpeluang menyamakan kedudukan namun percubaannya pada minit ke-23 dapat dihadang pertahanan Kedah pada minit ke-23 sebelum sepakan percuma yang diambil Syamim Yahya pada minit ke-31 sedikit tinggi melepas palang gol Kedah.

Pada minit ke-38, Melaka United akhirnya berjaya menyamakan kedudukan juga menerusi sepakan penalti selepas Manuel Ott dijatuhkan sebelum Nikolic menjaringkan gol ke-4 peribadinya musim ini untuk Melaka menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-38.

Babak kedua menyaksikan Kpah Sherman kembali meletakkan Kedah di depan menerusi gol rembatan jarak dekat pada minit ke-62 sebelum Baddrol Bakhtiar menambah gol ke-3 Kedah menerusi rembatannya yang melantun masuk melepasi garisan gol pada minit ke-86.

Melaka cuba bangkit di minit-minit akhir namun beberapa percubaan antaranya percubaan Manuel Ott pada minit ke-90 dan rembatan Fakhrullah Rosli pada masa kecederaan tidak berjaya untuk merapatkan jurang.

#MatchReport
#LS11
#LigaSuper2021
#LigaMalaysia2021
#MelakaUnitedFC2021
#AllUniteforMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search