LS18 2021: Penang FC 2-1 MUFC

 In Liga Super Malaysia 2021, Match Report

Melaka United FC terpaksa akur pulang dengan tangan kosong selepas satu mata berharga dirampas pada saat akhir ketika tewas 2-1 di tangan Penang FC dalam aksi ke-18 Liga Super Malaysia 2021 di tempat lawan.

Separuh masa pertama menyaksikan aksi seimbang kedua-dua pasukan dengan saling berbalas serangan.

Melaka memiliki beberapa peluang antaranya percubaan Sony Norde yang menggelecek pertahanan Penang sebelum melepaskan rembatan yang sedikit tinggi melepas palang pada minit ke-19.

Adriano turut memiliki peluang pada minit ke-42 menerusi sepakan percuma namun percubaannya dapat dibaca Penjaga Gol Penang, Samuel Sommerville.

Babak kedua dilihat Melaka lebih menguasai perlawanan dan memiliki peluang antaranya menerusi sepakan voli S Kumaahran minit ke-52 melewati palang gol sebelum sepakan percuma lencong Adriano ditangkap kemas Sommerville pada minit ke-57.

Penang terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Khairu Azrin menerima kad kuning kedua pada minit ke-66.

Penang akhirnya di depan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Rafael Vitor pada minit ke-75 sebelum Skuad Hang Tuah melancarkan serangan bertali arus hingga berjaya menyamakan kedudukan menerusi Giovane yang menanduk masuk bola hantaran lambung Wan Amirul Afiq pada minit ke-89.

Ketika Melaka cuba memburu gol kemenangan, sebaliknya pula berlaku apabila pemain gantian Penang, Sheriddin Boboev berjaya menerima bola hantaran lambung rakan sepasukannya sebelum membuat rembatan voli yang terus menerjah jaring untuk kemenangan Penang FC beberapa saat sebelum wisel penamat ditiup pengadil.

#MatchReport
#LS18
#LigaSuper2021
#LigaMalaysia2021
#MelakaUnitedFC2021
#AllUniteforMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search