LS19 2021: Melaka United FC 1-1 UiTM FC

 In Liga Super Malaysia 2021, Match Report

Melaka United FC sekadar memungut satu mata selepas mencatat keputusan seri 1-1 ketika berdepan UiTM FC pada aksi ke-19 Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Hang Jebat.

Skuad Hang Tuah dilihat mendominasi perlawanan sepanjang babak pertama dengan mendapat beberapa peluang di depan antaranya menerusi gerakan solo Giovane Gomes minit ke-5 sebelum mencuba dari dalam kotak penalti namun percubaannya sedikit tersasar ke sebelah kiri.

Wan Amirul Afiq turut memiliki peluang namun bola rembatannya diselamatkan penjaga gol lawan pada minit ke-17.

Beberapa minit sebelum tamat separuh masa pertama Manuel Ott melakukan percubaan dari luar kotak penalti namun bola terkena tiang sebelum S Kumaahran membuat rembatannya dari luar kotak penalti dan terkena palang gol UiTM sebelum bola melantun masuk melepasi garisan gol pada minit ke-43 untuk Melaka mendahului sebelum pada rehat separuh masa.

Separuh masa kedua menyaksikan Melaka United kekal menguasai perlawanan dengan UiTM sesekali turut mengancam kubu Melaka untuk memburu gol penyamaan.

Antara peluang Melaka menerusi sepakan percuma Sony Norde namun percubaannya dapat dibaca Penjaga Gol UiTM, Zamir Selamat pada minit ke-50.

Kelekaan pertahanan Melaka mengundang padah apabila Kapten UiTM, Victor Nirennold yang tidak dikawal menerima bola dari sebelah kiri sebelum melakukan rembatan yang terus menerjah jaring untuk kedudukan 1-1 pada minit ke-83.

UiTM hampir mendapat gol kedua pada masa kecederaan menerusi Rafie Mat Yaacob namun percubaannya dapat ditepis Khairul Fahmi Che Mat sebelum wisel penamat.

#MatchReport
#LS19
#LigaSuper2021
#LigaMalaysia2021
#MelakaUnitedFC2021
#AllUniteforMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search