LS20 2021: Selangor FC 1-1 Melaka United FC

 In Liga Super Malaysia 2021, Match Report

Melaka United FC terselamat daripada kekalahan selepas berjaya mengikat Selangor FC 1-1 pada saat akhir pada aksi ke-20 Liga Super Malaysia 2021 di Stadium MBPJ, Petaling Jaya.

Buat pertama kalinya Melaka United menurunkan Jasmir Mehat dan Faizal Talib dalam kesebelasan utama musim ini.

Tidak banyak percubaan berbahaya dilakukan Melaka sepanjang separuh masa pertama dengan Selangor terlebih dahulu di depan pada minit ke-18 menerusi jaringan Hein Htet Aun yang menguis bola hantaran Ifedayo Olusegun.

Minit ke-28, Selangor terpaksa beraksi 10 pemain selepas Ashmawi Md Yakin dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan Sony Norde.

Adriano kemudiannya mengambil sepakan percuma namun sedikit tersasar ke sebelah kanan.

Babak kedua menyaksikan Melaka United lebih menguasai perlawanan dengan mencipta beberapa peluang antaranya menerusi percubaan tandukan Faizal Talib yang dihalang pertahanan lawan pada minit ke-65 sebelum percubaan jarak jauh Adriano yang diselamatkan Khairulazhan Khalid.

Melaka hampir mendapat gol selepas Sony Norde berjaya melepasi ‘offside’ untuk situasi satu lawan satu dengan Khairulazhan namun penjaga gol itu dapat mengekang rembatan Sony pada minit ke-70.

Percubaan demi percubaan dilancarkan termasuk gol Adriano yang dibatalkan pada masa kecederaan tidak mematahkan semangat Skuad Hang Tuah sehinggalah Melaka akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan Manuel Ott dari luar kotak penalti selepas menerima lorongan Sony Norde yang gagal ditepis kemas Khairulazhan.

Gol itu cukup melegakan untuk membolehkan Melaka United terus menghidupkan peluang kekal dalam saingan Liga Super musim depan ketika aksi liga hanya berbaki dua perlawanan lagi.

#MatchReport
#LS20
#LigaSuper2021
#LigaMalaysia2021
#MelakaUnitedFC2021
#AllUniteforMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search