LS22 2021: KDA FC 4-1 Melaka United FC

 In Liga Super Malaysia 2021, Match Report

Melaka United FC menamatkan saingan Liga Super Malaysia 2021 di tangga ke-8 selepas tewas 4-1 kepada Kedah Darul Aman (KDA) FC di tempat lawan.

Melaka bermula garang dengan melakukan percubaan menerusi tandukan Giovane yang tepat namun ditepis Penjaga Gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim seawal minit ke-4.

Giovane sekali lagi mendapat peluang namun tandukannya selepas menerima bola dari sebelah kanan tersasar pada minit ke-20.

Sebaliknya Kedah di depan menerusi Tcetche Kipre yang merembat masuk bola hantaran Fadzrul Danel menewaskan Norazlan Razali pada minit ke-24.

Kedah kemudiannya mendapat sepakan penalti selepas Baddrol Bakhtiar dijatuhkan sebelum Kipre menyempurnakan penalti pada minit ke-31 untuk KDA mendahului 2-0 pada rehat separuh masa.

Bersambung babak kedua Melaka menggandakan asakan sebelum akhirnya berjaya memecah kebuntuan menerusi jaringan Adriano yang melakukan gerakan bersama Khairul Anwar Shahrudin sebelum melepaskan rembatan menewaskan Ifwat pada minit ke-60 untuk merapatkan kedudukan 2-1.

Stadium Darul Aman kemudiannya dilanda hujan lebat kira-kira 10 minit yang dilihat menjejaskan rentak permainan Melaka sehingga Kedah menjaringkan dua gol dalam tempoh lima minit menerusi jaringan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-64 dan Fayadh Zulkifli (minit ke-69).

Melaka cuba merapatkan jurang dengan memiliki peluang menerusi rembatan Adriano dari luar kotak penalti dan tandukan Hazim Abu Zaid yang diselamatkan Ifwat untuk keputusan 4-1 kekal hingga tamat perlawanan.

#LS22
#LigaSuper2021
#LigaMalaysia2021
#MelakaUnitedFC2021
#AllUniteforMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search