LS4 2021: TFC 1-1 MUFC

 In Liga Super Malaysia 2021, News

KHAMIS, 17 MAC 2021: Melaka United FC mencatat keputusan seri buat kali ke-4 berturut-turut selepas terikat 1-1 menentang Terengganu FC pada perlawanan ke-4 Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Seawal minit ke-2 perlawanan Melaka menerima sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain TFC dalam kotak penalti.

Peluang itu tidak dipersiakan Alex Gonçalves yang menyempurnakan sepakan untuk meletakkan Skuad Hang Tuah satu gol di depan pada minit ke-3.

Melaka kemudiannya dilihat menguasai perlawanan sepanjang separuh masa pertama dengan mencipta beberapa peluang.

Peluang terbaik menerusi sepakan lencong Sony Norde yang tepat ke gawang sebelum ditepis Penjaga Gol lawan pada minit ke-16.

Separuh masa kedua pula menyaksikan TFC lebih agresif memburu gol penyamaan dengan sering kali mengancam gawang Melaka.

TFC akhirnya berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Jordan Mintah yang memperdaya pertahanan Melaka sebelum merembat menewaskan Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-66.

Peluang terbaik Melaka mendapatkan gol menerusi percubaan Wan Zaharulnizam Zakaria pada minit ke-78 yang sedikit melepasi palang gol.

Kedudukan 1-1 kekal hingga wisel penamat dan Melaka United kini menduduki tangga ke-8 liga dengan 4 mata selepas 4 perlawanan.

#LS4
#LigaSuper2021
#LigaMalaysia2021
#MelakaUnitedFC2021
#AllUniteForMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search