LS5 2021: MUFC 2-1 KL City FC

 In Liga Super Malaysia 2021, Match Report, News

SABTU, 20 MAC 2021: Melaka United FC akhirnya berjaya meraih kemenangan pertama musim ini selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Kuala Lumpur City FC pada perlawanan ke-5 Liga Super Malaysia 2021 di tempat sendiri.

Melaka mengasak seawal minit ke-2 perlawanan bermula dengan percubaan Sony Norde menerusi sepakan percuma yang tepat ke sasaran namun ditepis Penjaga Gol lawan.

Manny Ott turut berpeluang menjaringkan gol namun percubaannya pada minit ke-37 sedikit melepasi palang.

Babak kedua menyaksikan Skuad Hang Tuah lebih tersusun dengan dapat melakukan beberapa gerakan berbahaya antaranya rembatan S Kumaahran yang sedikit tersasar pada minit ke-48.

MUFC kemudiannya mendapat sepakan penalti selepas Alex Gonçalves dijatuhkan sebelum beliau tenang menyempurnakan penalti untuk MUFC mendahului pada minit ke-51.

KL City FC cuba bangkit menerusi beberapa gerakan namun benteng pertahanan Melaka tetap kental bertahan sehinggalah pada minit ke-80 MUFC mendapat penalti kedua selepas bola dikesan terkena tangan pemain KL City.

Alex sekali lagi tidak mempersia-siakan peluang dengan menyempurnakan sepakan untuk MUFC melebarkan kedudukan 2-0.

Ketika perlawanan hampir tamat, KL City sempat merapatkan jurang kepada 2-1 menerusi jaringan Zhafri Yahya pada minit ke-89 namun sudah terlambat sekaligus menamatkan badi ‘seri’ MUFC musim ini.

#LS5
#LigaSuper2021
#LigaMalaysia2021
#MelakaUnitedFC2021 #AllUniteforMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search