LS5 2021: Zainal Puas Hati Komitmen Pemain

 In Liga Super Malaysia 2021

“Alhamdulillah pertamanya saya ingin ucapkan setinggi-tinggi tahniah khususnya kepada pemain-pemain, mereka telah bertungkus-lumus.

Saya tahu di saat-saat akhir mereka kepenatan dengan 5 perlawanan dalam tempoh 15 hari dan juga tekanan yang kami terima dengan penolakan mata tetapi mereka tidak menunjukkan sebarang tekanan atau masalah.

Mereka terus berusaha, Alhamdulillah dapat memecahkan tradisi seri dengan kemenangan pertama.

Saya rasa inilah yang terbaik yang pemain-pemain telah berikan walaupun saat-saat akhir kita tertekan tetapi mereka dapat bertahan sehingga wisel penamat dan membawa pulang 3 mata yang amat berharga”.

Kenyataan Ketua Jurulatih Melaka United FC, Zainal Abidin Hassan selepas perlawanan ke-5 Liga Super Malaysia 2021 menentang KL City FC.

#LS5
#LigaSuper2021
#LigaMalaysia2021
#MelakaUnitedFC2021
#AllUniteforMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search