LS8 2021: UiTM 0-3 MUFC

 In Liga Super Malaysia 2021, Match Report, News

Sabtu, 10 April 2021: Melaka United FC mencatat kemenangan ke-2 dalam saingan Liga Super Malaysia 2021 selepas membenam UiTM FC 3-0 di tempat lawan.

Skuad Hang Tuah memiliki banyak peluang sepanjang separuh masa pertama antaranya rembatan voli Sony Norde yang melepasi palang minit ke-10, rembatan deras S Kumaahran yang ditepis minit ke-20, tendangan percuma Sony yang dinafikan Penjaga Gol lawan minit ke-33.

Stefan Nikolić turut berpeluang namun tandukan lantunnya dapat dibaca Penjaga Gol lawan pada minit ke-35.

MUFC akhirnya di depan pada minit ke-36 apabila Sony melakukan rembatan lencong yang terus menerjah gawang UiTM selepas menerima bola daripada Faris Shah.

MUFC berpeluang menambah gol menerusi Syamim Yahya namun rembatan lencongnya ditepis pada minit ke-39.

Separuh masa kedua MUFC terus mengasak kubu UiTM dan berjaya menambah gol apabila Stefan Nikolić berjaya menanduk masuk bola sepakan percuma S Kumaahran dari sebelah kanan.

Gol itu nyata menyuntik semangat pemain Skuad Hang Tuah untuk gol ke-3 hasil jaringan S Kumaahran yang merembat masuk bola dari dalam kotak penalti berpunca daripada bola yang tertampan tepat kepadanya.

#LS8
#LigaSuper2021
#LigaMalaysia2021
#MelakaUnitedFC2021 #AllUniteforMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search