LS9 2021: MUFC 2-3 Selangor FC

 In Liga Super Malaysia 2021, Match Report
Ahad, 18 April 2021: Hasrat Melaka United FC menghalang Selangor FC membawa pulang mata tidak kesampaian selepas tewas 2-3 akibat gol di hujung perlawanan pada aksi ke-9 Liga Super Malaysia 2021 di tempat sendiri.
Beraksi di depan hampir 700 penyokong dilihat memberi keyakinan buat Skuad Hang Tuah di sepanjang separuh masa pertama dengan mendapat beberapa peluang terbaik menjaringkan gol.
Antara yang paling hampir ialah percubaan Sony Norde menerusi sepakan percuma yang tersasar ke sebelah kiri gawang Selango pada minit ke-21 dan percubaan Wan Amirul Afiq dari luar kotak penalti yang ditepis Penjaga Gol Selangor, Khairulazhan Khalid.
Ketika babak pertama hampir tanpa sebarang jaringan, Melaka United mendapat sepakan penalti pada masa kecederaan selepas S Kumaahran dijatuhkan oleh Jordan Ayimbila sebelum penalti berjaya disempurnakan oleh Stefan Nikolić menewaskan Khairulazhan untuk Melaka United mendahului pada rehat separuh masa.
Memasuki babak kedua, Selangor menyamakan kedudukan menerusi Ifedayo Olesegun yang menanduk masuk bola hantaran Brendan Gan dari sebelah kanan pada minit ke-51.
Skuad Hang Tuah kemudiannya lebih garang untuk memburu gol kedua dengan memiliki beberapa peluang terbaik antaranya menerusi rembatan leret Wan Amirul Afiq yang ditepis penjaga gol lawan selain rembatan Manuel Ott yang turut ditepis sebelum akhirnya kembali di depan hasil jaringan Syamim Yahya yang menanduk masuk bol sepakan penjuru S Kumaahran dari sebelah kanan pada minit ke-59.
Selangor kemudiannya menyamakan kedudukan 2-2 selepas Ifedayo menanduk masuk bola hantaran lambung pemain gentian, Mukhairi Ajmal Mahadi dari sebelah kanan pada minit ke-70.
4 minit sebelum masa perlawanan sebenar tamat, Selangor mendapat gol kemenangan menerusi rembatan Syahmi Safari yang memanfaatkan bola lambung berpunca daripada tandukan kurang kemas Jang Suk-Won untuk Skuad The Red Giant pulang dengan 3 mata.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search