Luka Milunovic MOTM LS13

 In Liga Super 2019

Pemain Terbaik (Man of the Match) Melaka United untuk perlawanan ke-13 Liga Super 2019 menentang Felda United FC di laman sendiri, malam tadi (Rabu, 15 Mei) diberikan kepada Luka Milunovic.

Pemilihan beliau berdasarkan keupayaannya yang terbukti telah menggalas tugas penyerang dengan cemerlang selepas Anselmo Casagrande dikeluarkan akibat kecederaan pada separuh masa pertama.

Luka menjadi watak penting dalam kemenangan besar pasukan dengan menjaringkan ‘hat-trick’ di samping membantu gol pertama Melaka United yang dijaringkan oleh Patrick Reichelt.

Beliau sentiasa membuat tekanan kepada pertahanan Felda serta seringkali melakukan gerakan susulan sekaligus meningkatkan ketajaman Skuad Hang Tuah di bahagian hadapan

Tahniah Luka Milunovic, teruskan kecemerlangan pada perlawanan-perlawanan akan datang bersama Melaka United.

#MOTM
#LigaSuper2019
#DemiKebanggaanMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search