Majlis Menandatangi Kontrak Pemain Pasukan Bawah 17 Tahun (B17) Melaka United

 In Press Release

Selasa, 23 April 2019 – Bertempat di Sekolah Sukan Negeri Melaka (SSN) Seri Kota, berlangsung Majlis Menandatangi Kontrak Pemain Pasukan Bawah 17 Tahun (B17) Melaka United.

Majlis menyaksikan seramai 28 pemain dan penjaga masing-masing menandatangani kontrak bagi mewakili pasukan pelapis bolasepak Melaka itu yang bakal bersaing dalam saingan Liga Kementerian Pendidikan (KPM) musim 2019 yang akan bermula pada Sabtu ini (27 April).

Majlis dengan kerjasama MUSA dan SSN Melaka itu turut dihadiri Naib Presiden MUSA, En Mohd Ashiq Abd Samad, beliau dalam ucapannya berharap pembangunan pemain-pemain muda dalam kalangan anak-anak negeri Melaka dapat terus diperkasa bagi melahirkan lebih ramai pemain berkualiti untuk membarisi pasukan Melaka di pelbagai peringkat pada masa hadapan.

Hadir sama, Setiausaha Agung MUSA, En Farhan Ibrahim, Pengurus Pasukan, En Melvin Tan Ching Yang dan Pengetua SSN Seri Kota, En Isa Jani.

En Farhan dalam ucapannya berkata, bagi memastikan program pembangunan pemain bolasepak di negeri ini berterusan, pihaknya sentiasa bekerjasama rapat dengan semua pihak yang berkaitan termasuk SSN Melaka dan akademi-akademi bolasepak dengan memberikan sokongan moral, fasiliti dan kewangan.

Beliau turut menegaskan hasrat Presiden MUSA yang juga Ketua Menteri yang mahukan pembangunan pemain dari peringkat akar umbi menjadi salah satu aspek yang perlu ditekankan oleh persatuan.

Beliau turut meletakkan sasaran tinggi untuk pasukan-pasukan pelapis bolasepak Melaka untuk beberapa tahun akan datang selaras dengan misi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi program F:30 yang menitikberatkan aspek pembangunan dan pencapaian bolasepak negara.

Kerjasama antara MUSA dan SSN Melaka katanya, akan terus terjalin bagi membangunkan bakat-bakat bolasepak di negeri ini untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Skuad B17 Melaka United bimbingan jurulatih Faimi Abu bakal memulakan saingan Liga KPM 2019 menentang pasukan B15 AMD di Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari, Gambang Pahang sebelum melayan kunjungan SSN Johor di tempat sendiri pada 30 April depan.

Selamat berjuang diucapkan buat Skuad B17 Melaka United dan tidak lupa juga buat Skuad B14 Melaka yang turut bersaing Liga KPM B14 2019, semoga bakal meraih pencapaian membanggakan buat bolasepak negeri Melaka.

#LigaKPM2019
#DemiKebanggaanMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search