Majlis Pengenalan Pemain dan Pelancaran Jersi Melaka United Bagi Musim 2018

 In MUSA, News, Press Release

Majlis Pengenalan Pemain dan Pelancaran Jersi Melaka United Bagi Musim 2018 berlangsung dalam suasana gilang gemilang malam tadi dengan. Hujan renyai tidak menghalang kehadiran hampir 5,000 penyokong Melaka United ke stadium bersejarah negeri Melaka, Stadium Hang Tuah.

Acara dimulakan dengan bacaan doa sebelum seorang demi seorang pegawai dan pemain Melaka United diperkenalkan dengan Ketua Jurulatih pasukan, Eduardo Almeida yang pertama naik ke pentas.Majlis kemudiannya diteruskan dengan gimik pelancaran jersi baharu pasukan tajaan pengeluar jenama pakaian sukan dari Thailand, Warrix yang diterbangkan menggunakan dron sebelum jersi diserahkan kepada Ketua Menteri yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron oleh Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi disertai dengan persembahan bunga api.

Datuk Seri Utama Ir. Idris dalam ucapan ringkasnya berharap pasukan Melaka United dapat menunjukkan prestasi lebih baik pada musim kali ini berbanding musim 2017 yang menyaksikan Skuad Hang Tuah menduduki tangga ke-8 Liga Super.

Beliau mengharapkan 2018 bakal menjadi musim yang lebih baik buat Melaka United dengan cuba untuk memenangi sekurang-kurangnya satu daripada tiga piala yang dipertandingkan dalam Liga Malaysia sebagai hadiah kepada penyokong setia bolasepak Melaka.

“Tahun lepas ada yang memandang sinis pada kita dan mengatakan ini sajalah musim pertama dan terakhir untuk Melaka berada dalam Liga Super tetapi hakikatnya kita kekal sebagai lapan pasukan yang terbaik, ini bukan sesuatu yang mudah dan ia tidak boleh berlaku secara tiba-tiba, jadi harapan saya dengan pengekalan lapan pasukan terbaik itu telah meletakkan Melaka sebagai sebuah pasukan kanan di dalam Liga Super dan sudah pasti kita mesti menjaga harga diri kanan itu, kalau tidak nanti orang menyindir kita,” kataya.

Datuk Seri Utama Ir. Idris kemudiannya melancarkan buku ‘Inspirasi Bolasepak Melaka’ terbitan syrikat MCS Management Sdn Bhd dan anak syarikatnya, I-17 Sport Sdn Bhd yang diserahkan kepada beliau oleh Pengarah Urusan, MCS Management, Mohd Izwan Zainal dan Pengarah Projek I-17 Sports, Muhd Razali Omar Othman sebelum berlangsung aksi persahabatan pramusim Melaka United menentang pasukan baharu Liga Super, PKNP FC.

Jutaan terima kasih kepada semua penyokong setia Melaka United yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke Majlis Pengenalan Pemain dan Pelancaran Jersi Melaka United Bagi Musim 2018 pada malam tadi.

Semoga 2018 bakal membawa kejayaan lebih gemilang untuk pasukan kesayangan kita.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search