Melaka United Dan Kedah Berentap Pada Perlawanan Akhir Piala Tun Sharifah Rodziah (TSR) 2019

 In Press Release

Saingan kejohanan utama bolasepak wanita negara hampir ke kemuncaknya apabila 2 pasukan terbaik, Melaka United dan Kedah sekali lagi bakal berentap pada perlawanan akhir Piala Tun Sharifah Rodziah (TSR) 2019 di Stadium UiTM Shah Alam, Ahad ini (14 Julai).

Melaka United bakal turun dengan semangat membara dalam misi memadam memori luka kekalahan 0-2 pada perlawanan akhir TSR musim lalu di tangan Kedah di venue yang sama.

Dengan barisan pemain lebih mantap musim ini termasuk penjaring terbanyak musim lalu Dadree Rofinus, Melaka bakal turun lebih garang dalam misi menjuarai edisi TSR kali ini.

Mampukah Skuad Wanita Melaka United bimbingan jurulatih Jamil Hassan menamatkan kemarau 39 tahun selepas kali terakhir Melaka muncul juara bersama Singapura pada 1980?

Penyokong bolasepak Melaka di sekitar Lembah Klang, pasukan wanita kita memerlukan sokongan anda bagi mengiringi pasukan mencapai sasaran misi penting ini.

Jom turun beramai-ramai demi sokongan buat Skuad Wanita pada perlawanan itu nanti.

Jangan lupa janji temu kita, Ahad ini pukul 8 malam di Stadium UiTM Shah Alam, jumpa di sana.

#TSR2019
#DemiKebanggaanMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search