Melaka United Kembali Ke Landasan Kemenangan – LS17

 In Liga Super 2019

Melaka United kembali ke landasan kemenangan selepas menang tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur pada aksi perlawanan ke-17 Liga Super 2019 di tempat lawan, malam tadi (Rabu, 19 Jun).

Gol tunggal Skuad Hang Tuah dijaringkan oleh Patrick Reichelt yang berjaya menolak masuk bola hantaran Davy Claude Angan N’Guessan dari sebelah kanan pada minit ke-42.

Melaka United memiliki beberapa peluang menambah gol pada separuh masa kedua namun percubaan Luka Milunović, N’Guessan dan Safiq Rahim tidak dapat diterjemahkan dengan jaringan.

Dengan kemenangan itu Melaka United naik 1 anak tangga ke tangga ke-4 liga dengan mengumpul 26 mata, jumlah mata yang sama dengan Kedah di tempat ke-3 namun dipisahkan dengan perbezaan jaringan selepas 17 perlawanan setakat ini.

#LS17
#LigaSuper2019
#DemiKebanggaanMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search