Melaka United Kembali Memimpin Kumpulan D #PM3

 In Piala Malaysia

Melaka United kembali memimpin Kumpulan D Piala Malaysia 2019 selepas mencatatkan kemenangan bergaya 3-1 ke atas Felda United FC di Jengka, malam tadi (Sabtu, 17 Ogos).

Enggan kecewa lagi, Melaka United mendahului perlawanan seawal minit ke-11 hasil jaringan S Deevan Raj yang merembat bola dari jarak kira-kira 20 meter yang sama sekali tidak dijangka oleh penjaga gol Felda, Norazlan Razali.

Melaka terus garang menggandakan asakan dan berjaya menambah 1 lagi gol selepas Luka Milunović menanduk masuk bola hantaran lambung Patrick Reichelt dari sebelah kanan untuk mendahului 2-0 pada minit ke-31.

1 lagi gol terhasil pada separuh masa kedua sekali lagi menerusi S Deevan Raj yang merembat bola masuk selepas menerima lorongan Milunović pada minit ke-62 untuk kedudukan 3-0.

Felda yang enggan mengalah akhirnya mendapat gol saguhati menerusi penyerangnya, Khairul Amri yang berjaya mengambil kesempatan terhadap kealpaan pertahanan Melaka dengan merembat masuk gol tunggal pasukannya pada minit ke-74.

Dengan kemenangan itu Skuad Hang Tuah kembali mendahului Kumpulan D dengan 6 mata selepas 3 perlawanan sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam berikutan 1 lagi aksi Kumpulan D antara Selangor dan PDRM FA di Shah Alam akan berlangsung esok (Ahad, 18 Ogos).

#PialaMalaysia2019
#PM3
#DemiKebanggaanMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search