Melaka United Layak Ke Suku Akhir Piala Malaysia 2019 #PM6

 In Piala Malaysia

Melaka United akhirnya berjaya melayakkan diri ke Suku Akhir Piala Malaysia 2019 selepas mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang PDRM FA pada perlawanan terakhir Kumpulan D di Stadium Hang Jebat, malam tadi (Rabu, 18 September).

Hadir sebagai pasukan pelawat, Melaka United mengharungi perlawanan yang penuh dramatik.

Mendahului perlawanan seawal minit ke-9 menerusi gerakan solo Luka Milunovic sebelum menolak masuk bola menewaskan penjaga gol PDRM.

Hanya dalam tempoh 2 minit PDRM berjaya menyamakan kedudukan 1-1 apabila Fakrul Aiman Sidid melakukan rembatan leret dari luar kotak penalti yang melepasi jangkauan Khairul Fahmi Che Mat.

Skuad The Cops kemudiannya terus mengasak kubu Melaka sebelum akhirnya berjaya mendahului 2-1 apabila Uche Agba berjaya memanfaatkan tandukan rakan sepasukan sebelum merembat masuk bola dari jarak dekat pada minit ke-31.

Bersambung babak kedua, Melaka dilihat lebih menguasai perlawanan bagi mencari gol penyamaan sebelum Patrick Reichelt dijatuhkan untuk Melaka mendapat sepakan penalti.

Peluang itu tidak dipersiakan Safiq Rahim yang menyempurnakan penalti pada minit ke-54 untuk memastikan Melaka United menempah tempat ke Suku Akhir.

Dengan keputusan itu, Skuad Hang Tuah muncul pasukan kedua terbaik Kumpulan D dan dengan mengutip 8 mata daripada 6 perlawanan, 2 mata di belakang juara kumpulan, Selangor.

Syabas dan tahniah Melaka United atas kejayaan ini dan kepada seluruh penyokong Skuad Hang Tuah setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan kita, teruskan sokongan anda buat Melaka United.

#PialaMalaysia2019
#PM6
#DemiKebanggaanMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search