Melaka United Melancarkan Jersi Terbaharu Musim 2019

 In News, Press Release

Melaka United hari ini melancarkan jersi terbaharu pasukan bagi musim 2019 pada majlis pelancaran yang berlangsung di Melaka Mall, Ayer Keroh petang tadi (Sabtu, 26 Januari 2019).

Pelancaran jersi pasukan berlangsung gilang-gemilang disaksikan hampir 500 tetamu.

Majlis dimulakan dengan pengenalan barisan pemain, jurulatih dan pegawai pasukan Melaka United bagi musim 2019 kepada para tetamu.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara yang ditunggu-tunggu iaitu upacara pelancaran yang disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Melaka, Tn Hj Adly Zahari yang melakukan gimik pelancaran dengan menyepak bola ke arah gol sebelum jersi baharu Melaka United muncul untuk disaksikan oleh para tetamu yang hadir.

Jersi yang dilancarkan ini menyaksikan Melaka United bakal tampil berbeza dengan jersi tuan rumah atau ‘Home Jersey’ berwarna Putih dengan jalur Hijau berbanding warna Hijau Gelap atau Hijau Muda yang sinonim dengan Skuad Hang Tuah sejak sekian lama.

Sebaliknya warna Hijau dipilih bagi Jersi tempat lawan atau ‘Away Jersey’ manakala Kuning sebagai warna jersi ketiga musim ini.

Ini antara kelainan yang dibawa pada musim ini selain membawa masuk pemain-pemain tempatan berpengalaman dan import berkualiti bagi memperkuatkan cabaran pasukan menghadapi saingan Liga Malaysia 2019.

YAB Presiden dalam ucapannya turut berharap musim 2019 bakal membawa kejayaan lebih gemilang buat bolasepak Melaka selepas kali terakhir Skuad Hang Tuah bergelar juara adalah pada 2016 selepas menjuarai saingan Liga Premier pada tahun berkenaan.

Para penyokong yang hadir kemudiannya diberi peluang bertemu mendapatkan tandatangan pemain Skuad Hang Tuah pada sesi beramah mesra bersama pemain.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Pelancaran jersi dan Pengenalan Pemain Melaka United 2019 dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyokong setia Skuad Hang Tuah yang sudi hadir menjayakan acara ini.

Teruskan sokongan padu anda buat pasukan kebanggaan kita sebagai rakyat negeri bertuah Melaka sepanjang saingan Liga Malaysia musim ini dan musim-musim yang akan datang.

#Melakaunited
#DemiKebanggaanMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search