Melaka United mencatatkan kemenangan dramatik

 In Match Report, MUSA, News, Press Release

Melaka United mencatatkan kemenangan dramatik 3-2 ke atas pendatang baharu Liga Premier, Selangor United FC pada aksi pertama Persahatan Pramusim 2019 di Stadium Hang Jebat, malam tadi (Sabtu, 29 Disember 2018).

Turun dengan skuad serba baharu diketuai pertahanan veteran, Shukor Adan, Melaka terlebih dahulu di depan seawal minit ke-4 menerusi penalti yang disempurnakan Safiq Rahim selepas Ramzi Haziq dikasari dalam kotak penalti.

Selangor United kemudiannya dilihat menguasai perlawanan sebelum menyamakan kedudukan 1-1 menerusi rembatan Yusaini Hafiz pada minit ke-34.

Tiga minit bersambung separuh masa kedua, Melaka dikejutkan apabila Selangor United di depan hasil jaringan pemain import mereka, Nikita.

Selepas ketinggalan, Melaka United dilihat menggandakan gerakan memburu gol dengan memiliki banyak peluang menerusi Luka Milunovic, R Gopinathan dan Safiq Rahim.

Gol penyamaan akhirnya menjelma apabila Melaka sekali lagi mendapat sepakan penalti yang disempurnakan Milunovic pada minit ke-64 untuk kedudukan 2-2.

Ketika perlawanan seakan berakhir dengan seri, rembatan Darko Markovic pada minit ke-87 berjaya menceriakan lebih 5 ribu penyokong Skuad Hang Tuah untuk kemenangan pertama skuad kendalian jurulatih Zainal Abidin Hassan.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search