Melaka United Menepati Ramalan #PM1

 In News

Melaka United menepati ramalan menewaskan PDRM FA pada perlawanan pertama Piala Malaysia 2019 dengan kemenangan 3-1 di tempat sendiri, malam tadi (Ahad, 4 Ogos).

Walaubagaimanapun PDRM terlebih dahulu memberi kejutan dengan mendahului perlawanan menerusi rembatan leret Lee Changhoon seawal minit ke-8.

Tidak menunggu lama, Melaka United terus menyamakan kedudukan dalam tempoh hanya 2 minit selepas sepakan percuma Nazrin Nawi gagal diselamatkan Penjaga Gol PDRM, See Tian Keat.

Bersambung babak kedua Melaka dilihat lebih kemas mengatur gerakan mencari gol.

Sehinggalah pada minit ke-55, lorongan Safiq Rahim berjaya mencetus gol kedua Melaka apabila Patrick Reichelt memanfaatkan lorongan itu dengan memperdaya Tian Keat.

Nazrin kemudiannya menyumbang gol kedua selepas berjaya merembat masuk hantaran Wan Amirul Afiq dari sebelah kanan pada minit ke-61 untuk menceriakan lebih 3 ribu penyokong di stadium.

Dengan kemenangan itu Melaka United kini mendahului Kumpulan D dengan 3 mata.

#PialaMalaysia2019
#PM1
#DemiKebanggaanMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search