Melaka United Mengakhiri Saingan Kekalahan #LS22

 In Liga Super 2019

Melaka United mengakhiri saingan Liga Super 2019 dengan kekalahan 1-4 di tangan Pahang pada aksi terakhir liga di Kuantan, malam tadi (Sabtu, 20 Julai).

Pahang mendahului perlawanan seawal minit pertama menerusi Lazarus Kaimbi sebelum menambah gol kedua hasil tandukan Mohamadou Sumareh pada minit ke-40.

Luka Milunović kemudiannya merapatkan jurang 2-1 pada minit ke-58 menerusi sepakan percuma sebelum Kaimbi kembali menjarakkan kedudukan kepada 3-1 pada minit ke-69.

Di penghujung perlawanan Pahang menambah 1 lagi gol hasil rembatan pemain antarabangsa Indonesia, Saddil Ramdani sekaligus menyaksikan Skuad Hang Tuah terpaksa pulang hampa.

Dengan kekalahan itu Melaka United bakal menamatkan saingan Liga Super musim ini sama ada di tempat ke-5 atau ke-6 dengan keseluruhan mengumpul 33 mata bergantung kepada keputusan perlawanan antara Perak dan Kuala Lumpur di Ipoh, malam ini (Ahad, 21 Julai).

#LS22
#LigaSuper2019

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search