Melaka United Meraih Satu Mata Berharga

 In Liga Super 2019, Press Release

Melaka United meraih satu mata berharga dari Shah Alam selepas terikat 1-1 menentang Selangor dalam aksi ke-12 Liga Super 2019 di Stadium Shah Alam, malam tadi (Sabtu, 4 Mei).

Ketinggalan 1-0 hasil jaringan Syahmi Safari pada minit ke-30 tidak mematahkan semangat pemain Skuad Hang Tuah.

Separuh masa kedua menyaksikan Melaka United berjaya menyaingi Selangor dengan kedua-dua pasukan nampak seimbang dan saling berbalas serangan.

Hasilnya gol penyamaan berjaya dijelmakan berpunca daripada gerakan Nazrin Nawi dari sebelah kiri sebelum menolak bola kepada Patrick Reichelt yang kemudiannya menolak bola memperdayakan penjaga gol The Red Giant.

Biarpun hanya satu mata, namun ia cukup berharga untuk dibawa pulang dari perlawanan sukar ini.

#LigaSuper2019
#DemiKebanggaanMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search