MELAKA United (MU) tidak akan berbelanja melebihi RM18 juta

 In MUSA, News, Press Release

MELAKA United (MU) tidak akan berbelanja melebihi RM18 juta pada saingan Liga Super musim depan sebagai langkah penjimatan berbanding RM23 juta musim lalu.

Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Adly Zahari berkata, walaupun bajet itu dilihat agak menyusut, namun beliau yakin ia mencukupi dan tidak menjejaskan pengurusan kelab.

Katanya, jumlah berkenaan adalah anggaran awal bajet pasukan mengikut perencanaan dan tidak akan menjejaskan pengambilan pemain import dan bayaran gaji pemain tempatan.

“Kita perlukan RM18 juta sebagai persediaan berdepan kempen Liga Super musim depan dan tidak akan melebihi bajet berkenaan.

“Beberapa langkah penjimatan akan dilaksanakan melibatkan soal pengurusan melihatkan perbelanjaan Liga Super yang sedang dikaji semula.

“Bagaimanapun, ia bukan perkara sukar kerana kita sudah tahu apa yang perlu dilakukan dan lebih bersedia dan pencarian dana bagi musim depan juga telah dilakukan sejak Ogos lalu,” katanya.

Adly yang juga Ketua Menteri berkata, sumber kewangan kelab bagi menampung kos perbelanjaan musim depan juga telah dikenal pasti.

“Sama ada, melalui agensi kerajaan negeri, sumbangan pihak swasta, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan dalam masa sama, sumbangan dalaman dari pengurusan MUSA.

Musim lalu, MU menamatkan kempen Liga Super 2018 dengan kedudukan ketujuh liga iaitu naik satu anak tangga berbanding kedudukan pada musim 2017.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search