Melaka United Pre Season Tour Vietnam

 In MUSA, News, Press Release

Selepas melepasi kesemua ujian dalam tiga aksi Persahabatan Pramusim 2019 setakat ini, Melaka United akan meneruskan aksi persahabatan di Vietnam menentang tiga kelab V.League 1 bermula 12 hingga 15 Januari ini.

Skuad Hang Tuah bakal memulakan jelajah menentang Becamex Binh Duong FC di Stadium Go Dau, Bình Dương pada Sabtu ini (12 Januari 2019).

Sehari kemudian (Ahad, 13 Januari 2019), Melaka United bakal diuji Sài Gòn FC di Stadium Thống Nhất, Ho Chi Minh sebelum menentang Hồ Chí Minh City FC di Stadium Ba Ria, pada 15 Januari ini.

Terdahulu Melaka United menang dalam ketiga-tiga aksi Persahabatan Pramusim 2019 bermula dengan kemenangan 3-2 ke atas Selangor United FC pada 29 Disember 2018 sebelum menewaskan Negeri Sembilan 2-0 pada 5 Januari 2019 dan membenam kelab Singapura, Warriors FC 5-1, Rabu lalu (9 Januari 2019).

#MelakaUnited #DemiKebanggaanMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search