Melaka United Raih 3 Mata Penting

 In Liga Super 2019

Melaka United berjaya meraih tiga mata pertama selepas menewaskan Petaling Jaya City FC 2-1 pada aksi sulung unifi Liga Super 2019, malam tadi (2 Februari).

Beraksi di hadapan lebih 7 ribu penyokong di Stadium Hang Jebat, Melaka United dilihat garang pada separuh masa dan mendapat beberapa peluang menerusi Anselmo Casagrande, Liridon Krasniqi dan Safiq Rahim.

Melaka akhirnya di depan menerusi sepakan gunting cantik Liridon yang menyambar bola hantaran lambung Patrick Reichelt dari sebelah kanan pada minit ke-36.

Melaka kemudiannya berjaya melebarkan kedudukan 2-0 hasil jaringan Casagrande yang berjaya menanduk masuk bola hantaran Liridon dari sebelah kiri, dua minit sebelum tamat separuh masa.

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan PJ City dilihat lebih garang melakukan serangan.

Pemain tengah PJ City yang juga bekas pemain Melaka United, R Barathkumar kemudiannya merapatkan jurang kepada 2-1 hasil gerakan solo sebelum melepaskan rembatan menewaskan Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-57.

Keputusan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan untuk Skuad Hang Tuah mencatat kemenangan pertama dalam kempen Liga Super musim ini.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search