Melaka United Tebus Semula Kekalahan Lalu

 In Liga Super 2018, MUSA, News, Press Release, Uncategorized
Melaka United menebus semula kekalahan pada perlawanan terakhir Liga Super musim lalu di tangan Kelantan dengan menundukkan Skuad The Red Warrior itu 2 -1 pada perlawanan pertama Liga Super 2018 di laman sendiri.
Beraksi di Stadium Hang Jebat, Kelantan terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah menerusi gol awal penyerang Bruno Da Silva Lopes seawal minit pertama yang mudah menolak masuk bola ke gawang MU hasil sepakan percuma rakan sepasukannya.
Tersentak dengan gol awal tersebut, Melaka United memperkemaskan jentera serangan dan berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi penyerang importnya, Yahor Zubovich pada minit yang bijak melepasi perangkap offside pada minit ke-11.
MU kemudiannya mendapat sepakan penalti selepas terjahan keras oleh Nik Mohd Shahrul ke atas S.Chanturu sebelum Jeon Woo-young dengan tenang menewaskan penjaga gol Kelantan, Mohamad Ramdhan untuk Skuad Hang Tuah di depan pada minit ke-30.
Bersambung babak kedua, MU terus bersemangat memburu gol dengan memperlihatkan beberapa gerakan pantas daripada S. Chanturu mencari peluang namun berjaya disekat pertahanan Kelantan.
Tidak mudah putus asa, skuad The Red Warriors bimbingan jurulatih dari Thailand, Sethit Bensoh melancarkan serangan demi serangan pada namun gagal mencari sentuhan penyudah ditambah pula dengan aksi cemerlang penjaga gol MU, Muhammad Zamir Selamat.
Keputusan 2-1 itu kekal sehingga wisel penamat untuk menceriakan penyokong Skuad Hang Tuah dengan kejayaan mengutip tiga mata di tempat ssendiri sendiri. ##

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search