Melaka United Terpaksa Akur Di Tangan Johor Darul Ta’zim – LS18

 In Liga Super 2019

Melaka United terpaksa akur dengan kekalahan 1-2 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) di tempat sendiri pada aksi perlawanan ke-18 Liga Super 2019, malam tadi (Rabu, 26 Jun).

JDT yang dilihat lebih garang dan menguasai separuh masa pertama terlebih dahulu di depan menerusi rembatan Nazmi Faiz Mansor seawal minit ke-7.

Diogo Luis Santo kemudiannya melebarkan kedudukan kepada 2-0 menerusi gerakan solo sebelum merembat masuk bola pada minit ke-27.

Separuh masa kedua menyaksikan Melaka United beraksi lebih garang dan memiliki beberapa peluang namun barisan pertahanan JDT tetap ampuh bertahan.

Melaka United kemudiannya mendapat sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan JDT dalam kotak penalti pada minit ke-81.

Sepakan penalti yang diambil Davy Claude Angan N’Guessan kemudiannya ditepis Farizal Marlias sebelum Shukor Adan mengejar bola dan merembat masuk yang menceriakan lebih 10 ribu penyokong Skuad Hang Tuah yang hadir.

Melaka United cuba mencari gol penyamaan di hujung perlawanan namun sudah terlewat untuk membolehkan JDT berpesta selepas sah bergelar Juara Liga Super buat kali ke-6 berturut-turut.

Dengan kekalahan itu, Melaka United turun ke tangga ke-6 liga dengan 26 mata ketika saingan Liga Super berbaki 4 lagi perlawanan.

Kepada pasukan JDT, setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas kejayaan mengekalkan kejuaraan Liga Super musim ini.

#LS18
#LigaSuper2019
#DemiKebanggaanMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search