Melaka United Terpaksa Berpuas Hati

 In Liga Super 2019

Melaka United terpaksa berpuas hati dengan kekalahan tipis 1-2 kepada juara lima kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi ke-4 unifi Liga Super 2019 di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin malam tadi (23 Februari).

JDT terlebih dahulu di depan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Gonzalo Cabrera pada minit ke-35 selepas Skuad Harimau Selatan itu diberikan sepakan penalti apabila bola terkena tangan pertahanan Melaka, Jang Suk Woon dalam kotak penalti.

JDT kemudiannya menambah jaringan kedua hasil gerakan solo Safawi Rasid yang membawa bola selepas menerima hantaran Cabrera dan menggelecek pertahanan Melaka sebelum menyungkit bola menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-42.

Gol tunggal Melaka United dijaringkan Patrick Reichelt yang berjaya menolak masuk bola hantaran Raimi Md Nor dari sebelah kiri menewaskan penjaga gol JDT, Farizal Marlias pada minit ke-74.

Keputusan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search