Melaka United Terpaksa Menelan Pahit Selepas Tewas 3-4 Di Tangan Selangor

 In Liga Super 2019

Melaka United terpaksa menelan pahit selepas tewas 3-4 dalam aksi ke-8 Liga Super 2019 di tangan Selangor di Stadium Hang Jebat, malam tadi (Sabtu, 6 April).

2 jaringan menerusi tandukan pemain gantian Selangor, Sean Selvaraj di penghujung perlawanan nyata meranapkan hasrat Skuad Hang Tuah untuk mengutip 3 mata sekaligus meleburkan rekod tanpa kalah di laman sendiri musim ini.

Terdahulu Kapten Selangor, Amri Yahyah meletakkan Skuad ‘The Red Giant’ di depan seawal minit ke-8 sebelum Patrick Reichelt menyamakan kedudukan minit ke-19.

Amri kemudiannya kembali meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-24 untuk Selangor mendahului 2-1 pada rehat separuh masa.

Separuh masa kedua Melaka United lebih garang dengan Reichelt berjaya menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-53 sebelum Darko Markovic mencerikan lebih 5 ribu penyokong Skuad Hang Tuah dengan gol ke-3 Melaka pada minit ke-53.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search