#MelakaMerecikBersih

 In News, Press Release

Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) bersama SWCorp Melaka dan Perbadanan Stadium Melaka (PSM) telah mencapai persetujuan dalam memeterai perjanjian bagi menjayakan kempen kebersihan yang diberi nama #MelakaMerecikBersih.

Menerusi kempen itu, pihak MUSA bersetuju untuk bekerjasama dengan mempromosikan kempen berkenaan membabitkan para pemain Skuad Hang Tuah.

Selain itu, kempen turut akan dipromosi pada perlawanan-perlawanan tuan rumah Melaka United di Stadium Hang Jebat sepanjang saingan Liga Malaysia 2019.

Majlis memeterai perjanjian antara ketiga-tiga pihak itu berlangsung di Bilik Mesyuarat Stadium Hang Jebat, pagi tadi (Khamis, 10 Januari 2019) dihadiri Setiausaha Agung MUSA, En Farhan Ibrahim, Pengarah SWCorp negeri, Shahrudin Hamid dan Pengarah Eksekutif PSM, En Nick Yong Yoon Pin.

Semoga dengan kerjasama dalam menjayakan kempen kebersihan ini bakal mendidik penyokong Melaka United yang lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan stadium pada setiap perlawanan membabitkan pasukan kebanggaan kita, Melaka United.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search