Mohd Ali Hanafiah Pemenang Cabutan Nama Bertuah MUFC

 In News
Ahad, 18 April 2021: Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pemenang Cabutan Nama Bertuah, En Mohd Ali Hanafiah yang terpilih menerima hadiah cabutan bertuah berupa sebuah motosikal Honda RS150R.
Beliau antara lebih 600 pembeli tiket online yang menyertai cabutan bertuah perlawanan Liga Super Malaysia 2021 antara Melaka United FC dan Selangor FC di Stadium Hang Jebat.
Hadiah disampaikan YAB Ketua Menteri yang juga Pengerusi MUFC, Datuk Seri Utama (Dr) Hj Sulaiman Md Ali pada rehat separuh masa perlawanan.
Turut berlangsung upacara pertukaran perjanjian penajaan antara Melaka United FC Sdn Bhd yang diwakili Dato’ Sri Justin Lim dan syarikat pembuatan Hansal Holdings Sdn Bhd yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Sri Md Abu Hanif Md Abul Kashem yang disaksikan YAB Ketua Menteri.
Hadir sama Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search