MU Catat Kemenangan 3-2 Ke Atas Perak

 In Liga Super 2019

Misi Melaka United untuk memperbaiki kedudukan dalam Liga Super sebelum aksi liga berehat sempena Aidilfitri dan aksi antarabangsa akhirnya tercapai selepas mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas Perak dalam aksi perlawanan ke-15 liga di Ipoh, malam tadi (Sabtu, 25 Mei).

Perak terlebih dahulu di depan hasil jaringan Brendan Gan yang merembat masuk bola dari luar kotak penalti pada minit ke-18 sebelum Nazrin Nawi menyamakaan kedudukan ke atas bekas pasukannya itu menerusi sepakan percuma menarik pada minit ke-23.

Patrick Reichelt kemudiannya memastikan Melaka mendahului 2-1 sebelum rehat separuh masa selepas gerakannya berjaya menewaskan penjaga gol Perak, Khairul Amri Salehuddin pada penghujung babak pertama.

Di awal separuh masa kedua menyaksikan Perak menguasai perlawanan sebelum J Partiban merembat masuk bola untuk kedudukan 2-2 pada minit ke-57.

Reichelt muncul wira Melaka selepas gerakan susulannya berjaya menolak masuk bola rembatan Safiq Rahim yang gagal ditangkap kemas Khairul Amri pada minit ke-74 untuk Skuad Hang Tuah pulang gembira ke Melaka dengan 3 mata berharga.

#LS15
#LigaSuper2019
#DemiKebanggaanMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search