MU Perkuatkan Cabaran

 In Liga Super 2019

Selamat datang ke diucapkan buat 2 lagi pemain baharu Melaka United iaitu pemain tengah, Mohd Faizal Abu Bakar serta Ahmad Solehin Mamat yang menyertai Skuad Hang Tuah pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim ini.

Faizal, 29 tahun kelahiran Kuala Nerang, Kedah yang juga bekas pemain Skuad Bawah 23 Tahun Kebangsaan sebelum ini pernah bersama beberapa pasukan Liga Malaysia.

Beliau memulakan karier bersama Kedah dari tahun 2008 hingga 2014 sebelum menyertai PDRM FA pada musim 2015 dan Kelantan pada musim berikutnya.

Beliau kemudiannya bersama Negeri Sembilan sejak 2017 sebelum mendapat perhatian Zainal Abidin Hassan untuk memanggilnya menyertai Skuad Hang Tuah untuk membantu pasukan mengharungi saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.

Juga diucapkan selamat kembali buat bekas penjaga gol Melaka United, Ahmad Solehin Mamat yang kembali selepas 3 tahun berkelana bersama pasukan Kuala Lumpur.

Pengalaman beliau yang pernah membantu Melaka United menjulang gelaran Liga Premier pada musim 2016 itu ditagih untuk bersaing bersama Khairul Fahmi Che Mat dan Oscar Wong Tse Yang bagi posisi penjaga gol.

Kemasukan mereka bersama pasukan menyertai 2 lagi import baharu iaitu, Davy Claude Angan N’Guessan serta Dominic Balić pada jendela perpindahan kedua musim ini.

Diharapkan dengan kemasukan tonggak-tonggak baharu ini bakal memperkuatkan cabaran Skuad Hang Tuah untuk memburu kedudukan terbaik dalam Liga Super seterusnya mencabar kejuaraan Piala Malaysia musim ini.

Tidak dilupa juga kepada para pemain Melaka United yang berhijrah ke pasukan lain pada jendela perpindahan kedua musim ini termasuk Darko Marković yang dipinjamkan ke Kuala Lumpur, Casagrande dan Wan Shukri Wan Ahmad ke Pulau Pinang, R Gopinathan ke PDRM, Nurshamil Abd Ghani ke Selangor United serta penjaga gol, Syafizullah Wahab ke SAMB FC, diucapkan semoga berjaya dalam karier masing-masing bersama pasukan baharu.

#DemiKebanggaanMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text. captcha txt

Start typing and press Enter to search